Pengumuman

Bagaimana memperbaharui Lesen anda?

1) Log masuk ke sistem uLesen di https://ulesen.mbpp.gov.my

2) Klik pada menu "Lesen Saya"

3) Pada nombor lesen yang hendak diperbaharui, sila klik pada "Pembaharuan Lesen" dibawah bahagian "Tindakan Saya"

4) Ikut arahan pada skrin dan isi maklumat yang diperlukan.

5) Jika Lesen anda adalah Lesen Komposit:

- Sila masukkan nombor Cukai Taksiran (Cukai Pintu) MBPP.

- Klik pada butang "Sahkan Cukai Taksiran"

- Jika Cukai Taksiran adalah betul, butang Mohon/Hantar akan dipaparkan

6) Klik "Mohon/Hantar" untuk membuat penghantaran.

7) Status permohonan pembaharuan lesen boleh disemak pada menu "Semak Status Permohonan" dari masa ke semasa.

8) Jika status permohonan adalah pada "Membuat Pembayaran Fi Lesen", klik pada butang "Tindakan Saya" untuk 

   melakukan pembayaran.

   Sila rujuk pada Manual Penguna untuk Pembayaran Lesen di pautan berikut : https://ulesen.mbpp.gov.my/user-manual/Manual_Pengguna_Kaedah_Pembayaran_Lesen.pdf

9) Apabila pembayaran telah selesai, sila klik pada "Lesen Saya", klik lihat butang lihat pada barisan lesen tersebut dan klik pada butang cetak lesen.