Jenis-jenis Lesen
Jenis Lesen Keterangan Lesen
Lesen Kedai dalam Kompleks Beli-Belah Bagi permohonan lesen ini hanya dibuka untuk premis kedai / lot di dalam kompleks / bangunan yang melaksanakan aktiviti perniagaan penjualan bagi di bawah kategori Tred, Perniagaan dan Perindustrian yang TIDAK BERISIKO sahaja. Manakala, bagi aktiviti permohonan berkaitan kategori Establisymen Makanan, Tempat Hiburan Awam, Tempat Letak Kereta kompleks, pemohon perlu membuat permohonan di bawah pilihan Lesen Komposit.
Untuk permohonan lesen ini, pemohon perlu berdaftar laman sesawang sistem Ulesen. Pendaftaran perlu dibuat oleh pemilik perniagaan atau pengarah syarikat yang berdaftar dalam pendaftaran SSM sahaja. Selepas berjaya pendaftaran pemohon boleh mohon lesen dengan memilih ‘Lesen Kedai Dalam Kompleks Beli Belah’ untuk membuat permohonan.
Permohonan lesen ini adalah bagi premis komersial yang berada di dalam kompleks / bangunan / pasar raya (senarai boleh dirujuk selepas klik mohon) untuk mendapat kelulusan segera tanpa merujuk kepada jabatan-jabatan teknikal. Bagi perniagaan di ruang tapak umum di dalam kompleks yang berbentuk kiosk boleh mengemukakan permohonan Lesen Kiosk Dalam Kompleks di dalam laman ulesen.
Permohonan lesen ini memerlukan lampiran dan dokumen-dokumen seperti pada jadual di bawah dan seperti dokumen ini perlu dimuat naik di dalam permohonan. Setiap lampiran dan dokumen mesti dalam format yang dibenarkan iaitu pdf. .jpg. .png sahaja dan mesti boleh DILIHAT dan DIBACA dengan JELAS.
Jenis Dokumen / Lampiran:-
1. Salinan Borang A iaitu pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia termasuk nama pemilik peniagaan. Dihimpunkan semua mukasurat dalam satu fail
2. Salinan Borang B iaitu pendaftaran perubahan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail
3. Salinan Borang 9 iaitu pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
4. Salinan Borang 49 iaitu maklumat Return giving particulars in register dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail
5. Salinan Borang 24 iaitu maklumat Return of alloment of shares dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail
5. Salinan Seksyen 17 (Akta 777) - pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
7. Salinan Seksyen 13 iaitu pertukaran nama syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (sekiranya berkaitan)
8. Salinan Seksyen 58 iaitu Notification of change in the register dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
9. Salinan Borang 51 iaitu Register of member dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
10. Salinan pendaftaran pertubuhan / persatuan / koperasi termasuk maklumat lembaga pengurusan. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail
11. Gambar atau softcopy design papan iklan berserta ukuran saiz. Sekiranya lebih dari satu papan iklan yang dimohon sila himpunkan semua mukasurat dalam satu fail
12. Gambar pelan lantai - susunatur kedai
13. Gambar Premis hadapan berwarna
14. Salinan cukai taksiran yang telah jelas dibayar bagi premis perniagaan melebihi 1 unit
Lesen Komposit Untuk Perniagaan Makanan, Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian, Iklan Tetap Premis, Hiburan Awam Tetap, Hotel, Rumah Urut, Garaj, Tempat Letak Kereta Permohonan lesen komposit memerlukan lampiran dan dokumen – dokumen seperti pada jadual di bawah.
Setiap lampiran dan dokumen format yang dibenarkan adalah pdf. .jg. .png sahaja dan mesti boleh DILIHAT dan DIBACA dengan JELAS.
Jenis Dokumen / Lampiran:-
1. Salinan Borang A – pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia termasuk nama pemilik peniagaan. Dihimpunkan semua mukasurat dalam satu fail
2. Salinan Borang B – pendafaran perubahan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail
3. Salinan Borang 9 – pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
4. Salinan Borang 49 – maklumat ‘Return giving particulars in register’ dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail
5. Salinan Borang 24 - maklumat ‘Return of alloment of shares’dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail
6. Gambar atau softcopy design papan iklan berserta ukuran saiz. Sekiranya terdapat lebih dari satu papan iklan yang dimohon, sila himpunkan semua mukasurat dalam satu fail.
7. Gambar premis hadapan yang berwarna/ Gambar lokasi tapak cadangan iklan berserta lakaran iklan di atas tapak cadangan.
8. Salinan cukai tasiran (cukai pintu) Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang terkini dan telah dijelaskan bayaran hanya untuk premis lebih dari 1 unit.
9. Salinan Borang C1 – Kebenaran Merancang bagi bangunan yang diubah dari jenis kediaman kepada institusi atau perniagaan
10. Salinan Borang F – Kelayakan menduduki bagi premis yang baru siap dibina. Sila himpunkan semua muka surat dalam satu fail.
11. Salinan pelan lokasi yang menunjukkan lokasi premis perniagaan dengan jelas.
12. Salinan pelan lakaran lantai dalam premis yang menunjukkan keadaan susun atur/cadangan susun atur premis tersebut.
Lesen Kiosk Dalam Kompleks (KDK) 1. Lesen ini adalah kebenaran untuk menjalankan perniagaan di kiosk/gerai di pusat membeli-belah/kompleks membeli-belah.
2. Untuk permohonan lesen kiosk dalam kompleks membeli belah, pemohon perlu berdaftar akaun di laman sesawang sistem Ulesen ini dan boleh terus menekan pada ‘Permohonan Lesen’ dan memilih ‘Lesen Kiosk dalam Kompleks Membeli Belah’ untuk membuat permohonan.
3. Permohonan lesen ini adalah bagi kiosk yang berada di dalam kompleks / bangunan / pasar raya di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
4. Di dalam permohonan lesen kedai dalam kompleks membeli belah, pemohon boleh mengemukakan permohonan lesen bagi lebih dari satu aktiviti dalam satu permohonan. Contoh :- "Sekiranya peniagaan ABC Enterprise menjalankan perniagaan kiosk pakaian dan mempamerkan dua jenis iklan iaitu melintang dan terjulur di premis perniagaannya di dalam kompleks Queensbay Mall, maka pemohon perlu mengemukakan permohonan lesen untuk aktiviti kedai pakaian dan papan iklan yang dipamerkan."
5. Permohonan lesen hanya dibenarkan dimohon oleh pemilik perniagaan atau pengarah syarikat. Manakala, bagi organisasi pertubuhan, koperasi dan persatuan, pengerusi boleh membuat permohonan lesen ini.
6. Bagi setiap permohonan bayaran fi proses sebanyak RM50.00 dikenakan. Bayaran kadar fi lesen tahunan hanya akan dimaklumkan kelak melalui sistem Ulesen setelah permohonan diluluskan.
7. Pemohon akan dihubungi dan premis akan dikunjungi oleh wakil Jabatan Pelesenan untuk sebarang pengesahan maklumat lanjut.
8. Keputusan berserta bayaran kadar fi lesen akan dimaklumkan melalui sistem Ulesen dan pembayaran bil lesen dan cetakan Lesen Premis Perniagaan boleh dibuat secara atas talian selepas pembayaran bil lesen berjaya dibuat.
Lesen Anjing Lesen ini untuk kebenaran memelihara Anjing.
Permit Menggali Semula Mayat SYARAT-SYARAT PENGGALIAN SEMULA KUBUR / MAYAT Mengemukakan dokumen seperti berikut:-
A) PERMIT INDIVIDU
1. Isi permohonan melalui Sistem uLesen di alamat ulesen.mbpp.gov.my
2. Salinan kad pengenalan pemohon
3. Salinan sijil kematian atau keputusan carian dalam daftar kematian.
4. Salinan sijil perkuburan/tanam mayat
5. Surat akuan pemohon
6. Surat kebenaran Pentadbir Tempat Perkuburan, atau ahli keluarga terdekat gemulah (bagi tapak kubur persendirian).
7. Kubur yang hendak digali mestilah bebas daripada sebab kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit dan tidak kurang daripada 5 tahun.
b) PERMIT MASS EXHUMATION
1. Borang permohonan melalui laman sesawang ulesen.mbpp.gov.my
2. Salinan kad pengenalan pemohon
3. Salinan sijil kematian atau keputusan carian dalam daftar kematian.
4. Salinan sijil perkuburan/tanam mayat
5. Surat akuan pemohon
6. Surat perwakilan kuasa oleh syarikat
7. Surat kebenaran Pentadbir Tempat Perkuburan, atau ahli keluarga terdekat gemulah (bagi tapak kubur persendirian).
8. Salinan carian Lot Tanah/Geran lot tanah.
9. Plan lokasi lot tanah yang hendak dijalankan kerja-kerja penggalian.
10. Lokasi kubur yang dimaksudkan.
11. Senarai nama Gemulah
12. Notis Pemberitahuan melalui iklan dalam 2 suratkhabar tempatan.
13. Segala bantahan perlu diselesaikan dan dikemukakan salinan kepada Jabatan.
14. Salinan surat Kebenaran Merancang/kelulusan Pelan Bangunan
15. Cara pengurusan mayat yang digali semula perlu dijelaskan kepada Jabatan.
16. Kubur yang hendak digali mestilah bebas daripada sebab kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit dan tidak kurang daripada 5 tahun.
17. Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh pihak Jabatan.
PERMIT DIKELUARKAN DENGAN SYARAT-SYARAT BERIKUT:
1. Pemohon hendaklah memaklum kepada Jabatan akan tarikh penggalian sekurang-kurangnya 10 hari sebelumnya.
2. Tulang-tulang yang digali hendaklah disimpan dalam bekas bertudung yang sesuai.
3. Kerja-kerja penggalian semula mayat tidak boleh dijalankan tanpa pengawasan dari pegawai Majlis.
4. Pihak Majlis tidak akan terlibat atau dipertanggungjawab atas sebarang tuntutan, pampasan, pertikaian dan tindakan mahkamah.
5. Pemohonan dan pertimbangan untuk lesen/permit menggali kubur atau menggali semula mayat adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 97, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Permit Pesta Makanan Lesen ini untuk mendapatkan permit Pesta Makanan.
Lesen Pemungut Bahan Kitar Semula Lesen ini untuk Pemungut Bahan Kitar Semula.
Lesen Penganjur Pasar Pagi / Pasar Malam Lesen ini adalah kebenaran untuk menganjurkan Pasar Pagi/Malam Termasuk Pasar Minggu/Tani. Penganjur yang dibenarkan untuk memohon adalah Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Komuniti (JKKK), Persatuan Penduduk Setempat dan Lain-lain Agensi yang diluluskan oleh Jawatankuasa Khas. Penganjur perlu mematuhi Syarat-Syarat Garis Panduan Pasar Pagi/Malam/Minggu/Tani Pindaan 2012.
Lesen Penjaja Pasar Pagi/Pasar Malam (Individu) Lesen ini adalah kebenaran untuk menjalankan perniagaan di Pasar Pagi/Malam. Mana-mana individu yang berminat perlu mendaftar dengan penganjur yang telah diluluskan oleh MBPP. Lesen individu ini hanya akan dikeluarkan setelah didaftar dan disahkan oleh pihak penganjur. Setiap permohonan lesen dan pengisian tapak penjaja perlu melalui penganjur yang berlesen dengan MBPP sahaja.
Lesen Gerai Tanah Persendirian Lesen ini adalah untuk kebenaran MENJALANKAN PERNIAGAAN GERAI DI TANAH PERSENDIRIAN.
Lesen Iklan Sementara Lesen ini untuk kebenaran memaparkan Iklan Sementara seperti banting, belon, billboard dan sepanduk.
Gerai Sementara Promosi Lesen ini untuk kebenaran menjalankan perniagaan Gerai Sementara Promosi. gerai sementara promosi yang dibenarkan adalah seperti promosi khas produk/perkhidmatan yang tidak melibatkan sebarang aktiviti jual beli di tapak gerai. Tempoh dibenarkan diantara 1 hari hingga 30 hari sahaja.
Gerai Sementara Bermusim Lesen ini untuk kebenaran menjalankan perniagaan Gerai Sementara Bermusim seperti pada musim perayaan (bulan ramadhan, deepavali, kew ong Ya, thaipusam dan tahun baru cina) dan musim buah-buahan tempatan (seperti durian, cempedak, manggis dan rambutan). Kebenaran ini tertakluk kepada lokasi dan tempoh yang ditetapkan oleh MBPP dari masa ke semasa.
Lesen Penjaja Statik Sementara Lesen ini adalah KEBENARAN KHAS untuk menjalankan perniagaan di bawah kategori penjaja sahaja. Kelulusan untuk mendapatkan tapak/gerai adalah melalui proses temuduga yang wajib dihadiri oleh mana-mana individu yang berminat. Tarikh temuduga akan diiklankan secara rasmi melalui sistem uLesen dengan melayari ulesen.mbpp.gov.my.
TPS, Pasar dan Kompleks Lesen ini adalah kebenaran untuk menjalankan perniagaan di tapak/gerai di kompleks, pasar dan tapak penjaja (sementara) MBPP. Kelulusan untuk mendapatkan tapak/gerai adalah melalui proses temuduga yang wajib dihadiri oleh mana-mana individu yang berminat. Tarikh temuduga akan diiklankan secara rasmi melalui sistem uLesen dengan melayari ulesen.mbpp.gov.my.
Lesen Beca Lesen ini untuk kebenaran mendapatkan lesen beca dan lesen pengayuh beca.