a) Aduan boleh dikemukakan melalui Hotline MBPP 04-2637637 & 04-2637000
b) SMS Aduan ke 012-4907000
c) Sistem eAduan (aduan.mbpp.gov.my)
d) Emel kepada aduan@mbpp.gov.my
Bantuan
- Aduan
- Bagaimanakah untuk membuat aduan kepada MBPP?
- Berapa lamakah tindakan akan diambil terhadap aduan yang diterima?
- Apakah jenis aduan yang boleh dikemukakan kepada MBPP?
- Lesen
- Apakah jenis aktiviti yang memerlukan Lesen Majlis ?
- Berapakah bayaran lesen?
- Ke Gerai Pasar, Majlis Tapak Penjaja Sementara dan Kompleks.
- Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Pulau Pinang
Pengakuan penerimaan akan diberikan pada hari yang sama.
a) Kebersihan (sampah, saliran, jalan raya)
b) Pemotongan pokok
c) Kerosakan jalan
d) Pembinaan tanpa kebenaran
e) Kemudahan awam (lampu jalan, lampu isyarat, perhentian bas, taman awam)
f) Tempat letak kereta dan sebagainya
Pertubuhan Makanan, Kemahiran Perdagangan Dan Perniagaan, Kilang, Rumah Urut, Hotel, Kandang Lembu/Kuda, Penjagaan Babi, Pasar Askar Persendirian, Tempat letak kenderaan, Iklan, Garaj, Lokasi Hiburan Awam, Penjaja, Gerai Pasar, Tapak Penjaja Sementara Dan Kompleks, Gerai jalan tanah awam/swasta Gerai/Sambutan Bermusim, Kenderaan tanpa motor, Lesen Anjing, Lesen Awam Beca, Lesen Awam Pengayuh Beca.
Kadar lesen adalah tertakluk kepada jenis perniagaan/aktiviti yang beroperasi.
Pemohon akan dipanggil untuk temuduga apabila didapati kekosongan gerai.
PELAKSANAAN HARI TANPA BEG PLASTIK DAN KENAIKAN CAJ KUTIPAN BEG PLASTIK DARI RM 0.20 KE RM 1.00
Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma dan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas plastik sekali guna. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk memastikan Negeri Pulau Pinang dapat mencapai matlamat sebagai negeri hijau dan lestari. Selaras denagan matlamat tersebut, perintah berikut akan mula dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkuatkuasa pada 1 Januari 2021:
(a) Pelaksanan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Pulau Pinang pada setiap Hari isnin, Selasa dan Rabu secara wajib bermula 1 Januari 2021 di mana tiada beg plastik akan dibekalkan kepada pengguna.
(b) Caj kutipan bagi permintaan beg plastik dinaikkan dari RM0.20 kepada RM1.00 bagi setiap helai beg plastik pada setiap hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2021. Hanya premis yang berdaftar dengan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang sahaja dibenarkan membuat kutipan ini dan hasil kutipan hendaklah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan;
(c) Pelaksanaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Pulau Pinang hendaklah terpakai kepada kategori premis pasaraya hyper, pasaraya besar, pasaraya serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian, farmasi dan lain-lain premis perniagaan yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.
Sokongan dan pematuhan kepada perintah ini akan menyumbang kepada usaha dalam memastikan Negeri Pulau Pinang mampu mencapai matlamat sebagai negeri hijau dan lestari.
Kutipan terkumpul bagi penggunaan bag plastik di premis perniagaan terlibat dengan Kepen Plastic Bag 2.0 perlu diserahkan kepada PBT selewat-lewatnya pada 15 haribulan setiap bulan berikutnya berpandukan jadual berikut:-
BULAN KUTIPAN | TARIKH SERAHAN |
Januari | 1-15 Februari |
Februari | 1-15 Mac |
Mac | 1-15 April |
April | 1-15 Mei |
Mei | 1-15 Jun |
Jun | 1-15 Julai |
Julai | 1-15 Ogos |
Ogos | 1-15 September |
September | 1-15 Oktober |
Oktober | 1-15 November |
November | 1-15 Disember |
Disember | 1-15 Januari |